Monday, November 29, 2010

Perasaan Tenang

Pagi selasa yg sungguh indah,

Aku x ingt ape yang aku mimpi semalam..tut tut, mate aku da terbuka, udah pagi nmpknye..
Badan rase cergas semacam, mungkin sbb semlm aku da bnyk kuarkan toksin2 dlm bdn kot..
Ape lagi aktiviti aku malam isnin ni..badminton la..habis keringat aku gne nk bantai pihak lawan, toksin2 badan mencurah bagaikan ujan renyai bersama-sama airpeluh..

Cukup cite pasal semlm..
cerita arini plak, bangun je dari tidur dengan pantas aku capai hs aku kt atas meja...bukan nk tgk msj dari aweks..tp nk tgk jam udah pukul brape..maklumla, aku ni malas btol nk beli jam dinding, da lame duk usha2,RM10..uish mahalnye,kt kampung aku bole dpt dgn harge RM2 je..

Jam menunjukkan pukul 6 suku..adeih, terlepas lak aku nk berjemaah bersama-sama saudara se-agama kat surau Abu Bakar. Cepat2 aku bingkas bangun dari tidur, xmau sambung lagi..kang xpasal2 subuh terlepas...dah bangun waktu sbuh kemudian tdo balik, then terbgn ble matahari da tegak..hukumnya sama meninggalkan solat dengan sengaja..xleh nk qada'2 dah...dosa besar!

Jam 7 pagi aku selesai mandi n solat..amik quran sat, hafal surah2 lazim..angan2 nya nk jadi tahfiz al quran, tapi malas nk hafal quran..aih, angan-angan tahi ayam je aku ni.. pape pun, aku nk try mula dari bawah. hafal surah pendek2 dl..aku pon mula la cari surah pendek2..a'uzubillahiminashshaithonirrojim...bismillahirrahmanirram.............xsempat hbs, da tersengguk2..ape daa....zZzz (_ _)

Sunday, November 28, 2010

Demi Matahari- Snada

Demi Matahari - Snada (Surah As-Syams Ayat 1-10 )

Lagu ni best untuk didengar =)

Keterangan:

Dalam pembukaan surat ini Allah menyuruh kita memperhatikan suasana kejadian alam, pereadaran matahari, bulan, siang dan malam silih berganti. Allah juga menyuruh kita perhatikan kejadian bumi sebagai tempat tinggal kita dan langit serta binaannya yang kukuh, yang semua itu untuk memenuhi kebuntuhan kita.
Kemudian disuruh perhatikan kepada kejadian manusia dan diilhamkan oleh Allah kepada tiap jiwa itu jalan-jalan untuk berbuat kebaikan atau kejahatan. Maka Allah menerangkan bahawa orang yang dapat membersihkan jiwanya dari segala maksiat akan mendapat kemenangan dan kejayaan yang sebenar tetapi mereka yang mengotori jiwanya dangan segala maksiat akan mendapat kerugian.
Dari ayat ke 7 Allah menerangkan bahawa usaha dan perjuangan manusia dalam hidup ini telah ditakdirkan dari azali lagi. Segala sesuatu itu milik Allah termaksuk kita semua dan Allah berhak terhadap ciptaan-Nya.
Dahulu ada seorang dari suku Juhainah atau Muzainah datang kepada Nabi saw. Ialu bertanya "Ya Rasulullah apakah usaha perjuangan manusia ini sesuatu yang telah ditakdirkan Allah atas mereka, atau memang usaha mefeka terhadap sesuatu yang masih belum diketahui untuk dituntut dan dijadikan bukti?"Jawab Nabi saw.: "Bahkan semua itu telah ditadirkan Allah atas mereka".Dia bertanya pula: "Jika demikian untuk apakah kita berusaha?".Jawab Nabi saw.:"Siapa yang dijadikan untuk sesuatu maka tersedia baginya kemudahannya, seperti firman Allah: "Qad aflaha man zakkaa ha waqqad khaa ba man dassaa haa wanafsin wamaa sawwaa ha' fa'alhamahaa fujuu raha wataqwa haa" (seperti ayat 8 hingga ayat 10).
Ibn Abbas ra. berkata Biasa Nabi saw. jika membaca ayat ini lalu berhenti dan berdoa:(Allahumma aati nafsi taqwaa haa wazakkihaa anta khairu man zakkaa ha anta waliyuhaa wamaulaa haa)"Ya Allah berilah pada diriku takwanya, dan bersihkanlah, Engkau sebuk-baik yang membersihkannya, Engkau, Tuhan yang memimpin dan melindunginya". HR. Afthabarani,Ibn Abi Hatim juga meriwayatkan dari Abu Hurairah ra.

Friday, November 5, 2010

Interpersonal skill

Hmm..sebut pasal interpersonal skill ni aku la orang paling lemah, lagi-lagi bab berkawan, xpernah aku "lekat" kawan a.k.a mempunyai kawan yang ingin berdampingan dengan aku.

Bila dimuhasabah balik, sememangnya bukanlah salah dieorg yang kurang berminat berkawan dengan aku even orang baru knl pon da mula rasa bosan dgn aku.Nah, setelah beberapa banyak aku menresearch punca kegagalan dalam perhubungan aku ni..Rupe2 nye aku nye komunikasi memang teruk gilew..menyebabkan orang tertolak dan merasa xselesa bila bersama aku.

Jadi sekarang ni aku ingin menresearch tentang cara-cara berkomunikasi secara berkesan..Tunggu..

Thursday, October 21, 2010

Cerita Hidup

Cerita pasal idop ni..
Setiap orang ade cerita tersendiri..
Ramai yang berjaya membentuk hidupnya dengan cemerlang..
Namun ramai juga yang gagal dalam hidup...
Mana silapnya??
Silapnya ialah kurang muhasabah diri...